Header background image Second header background image Background image

Priceless Global Privacy Notice

Tarikh Berkuat Kuasa: 4/4/2018

 

Mastercard International Inc., Mastercard Europe SA dan sekutu-sekutunya serta entiti lain dalam kumpulan syarikat Mastercard (secara kolektif, “Mastercard”, “kita”, atau “kami”) menghormati privasi anda.

 

Notis Privasi ini terpakai kepada amalan privasi kami yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi yang dikumpulkan dalam konteks priceless™. Notis Privasi ini tidak meliputi pengumpulan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh Mastercard dalam konteks program lain, oleh pihak ketiga di laman web Mastercard lain, oleh pengeluar Kad Mastercard anda (cth., bank anda) atau sebarang maklumat atau komunikasi lain yang mungkin merujuk kepada Mastercard di luar priceless™.

 

Notis Privasi ini menerangkan jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan berkaitan dengan priceless™, tujuan dan maksud kami mengumpulkan Maklumat Peribadi, pihak-pihak lain yang kami berkongsi dan menzahirkan Maklumat Peribadi itudan langkah-langkah yang kami ambil untuk melindungi keselamatan data itu. Ia juga memberitahu anda mengenai hak dan pilihan anda berkaitan dengan Maklumat Peribadi dan bagaimana anda boleh menghubungi kami untuk mengemas kini maklumat perhubungan anda atau mendapatkan jawapan untuk soalan-soalan anda mengenai amalan privasi kami.

 

Lawatan anda ke laman web priceless™ dan penyertaan anda dalam program ini tertakluk kepada Notis Privasi ini dan Terma Penggunaan kami. Kanak-kanak dan orang di bawah umur (di bawah umur 18 tahun) tidak layak untuk menggunakan priceless™. Untuk maklumat lebih umum berkenaan amalan privasi Mastercard, sila layari Notis Privasi Global Mastercard di https://www.mastercard.com.my/en-my/about-mastercard/what-we-do/privacy-bhasa.html.



Kami Mungkin Mengumpulkan Maklumat Peribadi yang berikut:

 

  • Maklumat Pendaftaran dan butiran perhubungan.
  • Nombor kad kredit atau debit anda (16 digit nombor kad pembayaran).
  • Maklumat yang berkaitan dengan penggunaan priceless™ anda yang dikumpulkan melalui kuki dan teknologi lain yang serupa.

 

Ketahui lebih lanjut


Kami MungkinMenggunakan Maklumat Peribadi Anda untuk:

 

  • Berkomunikasi dengan anda.
  • Menyediakan, menambah baik dan membangunkan priceless™.
  • Memastikan keselamatan.
  • Menghantar bahan pemasaran kepada anda.
  • Menyediakan kandungan yang tersuai untuk anda.
  • Menjalankan analisis data.

Menguatkuasakan Terma-terma Penggunaan kami dan mematuhi kewajipan undang-undang kami.


Kami Mungkin Berkongsi Maklumat Peribadi dengan:

 

  • Ibu pejabat Mastercard di A.S., sekutu kami dan entiti lain dalam kumpulan syarikat Mastercard.
  • Pembekal perkhidmatan kami yang bertindak bagi pihak kami.
  • Peserta-peserta lain dalam ekosistem pembayaran, termasuk pengeluar kad pembayaran, pemeroleh dan peniaga.
  • Pihak ketiga untuk tujuan pemantauan dan pencegahan penipuan atau tujuan sah yang lain.
  • Sekiranya berlaku penjualan atau pemindahan perniagaan atau aset kami.

Bergantung kepada negara anda, anda mungkin mempunyai hak atau keupayaan untuk:

 

  • Memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran.
  • Membuat beberapa pilihan berkenaan penggunaan kuki.
  • Menghentikan atau mengehadkan penggunaan tingkah laku pelayaran anda yang digunakan untuk tujuan pengiklanan tingkah laku dalam talian
  • Mengakses Maklumat Peribadi anda, membetulkannya, mengehadkan atau membantah pemprosesannya, atau meminta penghapusannya.
  • Menerima Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami untuk menghantarnya kepada syarikat lain.
  • Menarik balik sebarang persetujuan yang diberikan.
  • Jika berkenaan, membuat aduan dengan Pihak Berkuasa Penyeliaan anda.

 

Anda boleh menggunakan hak anda setakat yang dibenarkan oleh undang-undang seperti yang diperihalkan dalam bahagian “Hak dan Pilihan Anda” dengan mengklik “Ketahui lebih lanjut”.


Kami mengekalkan perlindungan keselamatan yang sesuai untuk melindungi Maklumat Peribadi anda dan hanya menyimpannya dalam tempoh masa yang terhad.


Kami mungkin memindahkan Maklumat Peribadi anda keluar daripada negara anda, termasuk ke Amerika Syarikat, dengan mematuhi Peraturan Korporat Mengikat kami dan mekanisme pemindahan data lain.


Anda mungkinmemilih untuk menggunakan ciri-ciri tertentu yang mana kami telah bekerjasama dengan rakan kongsi kami yang merupakan entiti lain yang beroperasi secara bebas daripada Mastercard.


Notis Privasi ini boleh dikemas kini secara berkala untuk menggambarkan perubahan dalam amalan privasi kami.


Anda boleh e-mel kepada kami di privacyanddataprotection@mastercard.com. Sekiranya anda berada di EEA atau Switzerland, anda boleh menghantar permohonan anda untuk menggunakan hak anda berkaitan Maklumat Peribadi anda di Portal “Pusat Data Saya” milik Mastercard.

 

Mastercard International Inc. merupakan entiti yang bertanggungjawab untuk memproses Maklumat Peribadi anda; namun, jika anda berada di EEA atau Switzerland, Mastercard Europe SA merupakan entiti yang bertanggungjawab untuk memproses Maklumat Peribadi anda.

 

Jika anda berada di luar EEA atau Switzerland dan anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau aduan berkenaan Notis Privasi atau amalan privasi kami ini, atau jika anda ingin menggunakan hak dan pilihan anda, sila e-mel kepada kami di privacyanddataprotection@mastercard.com, atau tulis kepada kami di:

 

Global Privacy Office

Mastercard International Incorporated

2000 Purchase Street

Purchase, New York 10577

USA

 

Jika anda berada di EEA atau Switzerland, anda boleh menghantar permintaan anda untuk menggunakan hak anda berkaitan Maklumat Peribadi anda pada Portal “Pusat Data Saya” milik Mastercard bermula daripada 25 Mei 2018, atau e-mel kepada kami di: privacyanddataprotection@mastercard.com; atau tulis kepada kami di:

 

Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer)         

Mastercard Europe SA

Chaussée de Tervuren 198A

B-1410 Waterloo

Belgium